Nora Danish dan Nadeem Datuk Seri Nazri Bercuti Di Thailand Bersama


Nampak gayanya hubungan pelakon, Nora Danish dan Nadeem Datuk Seri Nazri di lihat semakin intim apabila baru-baru ini mereka berdua sempat bercuti bersama di Thailand.








Difahamkan, Nora dan Nadeem telah ke utara tanahair untuk mengunjungi keluarga seorang kru penggambaran yang meninggal dunia dan selepas itu mereka telah ke Thailand.








Menerusi gambar tersebut, dilihat aktress kecil molek ini sentiasa berdekatan dengan Nadeem.





Keakraban mereka semakin terserlah apabila kerap bersama dan kelihatan Nora Danish sudah tidak segan untuk memuatnaik gambarnya bersama Nadeem di Instagram.





Mungkinkah, selepas ini akan ada berita baik yang ingin disampaikan oleh pasangan ini, sama-sama kita nantikan.