‘Saya tak layak jaga’

‘Saya tak layak jaga’

Kuala Lumpur: Status orang kelainan upaya (OKU) yang diberikan kepadanya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seolah-olah menjadi lesen kepada seorang wanita untuk berkelakuan liar, hamil luar nikah dan tanpa rasa bersalah menyerahkan anak kepada orang lain dengan sedikit imbuhan.
Memadai hanya membayar kos perubatannya di hospital kerajaan yang kurang RM2,000, wanita itu yang mahu dikenali sebagai Linda, 36, dengan mudah menyerahkan anaknya buat kali kedua untuk dijaga pihak lain.
“Saya sendiri yang cari pasal. Jadi tak kisahlah kalau anak kelima saya ini senasib dengan anak ketiga yang juga saya serah kepada orang lain sebelum ini.
“Lagipun, JKM dah sahkan saya OKU dan tak layak jaga anak,” katanya yang kini hamil lapan bulan, hasil hubungan terlarang bersama teman lelaki.
Linda ditemui Harian Metro di sebuah hospital kerajaan di Lembah Klang, ketika berurusan dengan orang tengah dan sepasang suami isteri yang bakal mengambil anak kelima yang dikandungnya itu.

-hm-

4 ahli Geng Ah Fatt mati ditembak polis

KUALA LUMPUR: Empat daripada enam ahli Geng Ah Fatt yang aktif menyamun sejak lima tahun lalu mati ditembak polis dalam kejadian di rumah sewa mereka di Tingkat 15 Blok B Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampang Hiliran, di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, empat penyamun terbabit dipercayai baru menyamun sebuah rumah di Bukit Antarabangsa, Ampang, kira-kira jam tiga pagi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, berkata sebelum kejadian itu polis menahan seorang lelaki dipercayai menghantar suspek pulang ke rumah selain berurusan membeli barangan yang baru disamun geng itu.
"Empat lelaki dipercayai warga Indonesia berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu ditembak sebaik polis menyerbu masuk rumah mereka.
"Pemeriksaan dalam rumah suspek menemui sepucuk pistol revolver dan sebilah parang yang disyaki digunakan untuk menyamun," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

-hm-

NGERI - DIKISAR MESIN SIMEN!!!


Sandakan: Seorang lelaki warga asing maut selepas tubuhnya dikisar mesin pembancuh simen ketika membersihkan sisa simen di dalam tangki lori berkenaan di tapak pembinaan rumah di Kampung Cahaya Baru Batu 3 di sini, semalam.Mangsa, Bakis Jaujan, 37, pekerja tapak pembinaan itu dikatakan masuk ke dalam tangki pembancuh terbabit untuk mencucinya.



Foto


Bagaimanapun, rakannya yang tidak menyedari mangsa berada di dalam tangki pembancuh itu menghidupkan enjin lori menyebabkan mesin pembancuh berkenaan berputar. Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai terkena bilah besi pada mesin pembancuh itu. Difahamkan, kejadian disedari selepas seorang pekerja di tapak pembinaan itu menjerit mengatakan ada pekerja di dalam mesin pembancuh simen berkenaan.

Panas! Shila Amzah Dikritik Muat Naik Gambar Dada Di Instagram Kerana Terlampau Seksi (gambar)


Shila Amzah yang memuat naik gambar tubuh badan berpakaian ketat ke gym seorang wanita tetapi tidak diketahui samaada itu adalah dirinya atau orang lain mendatangkan kemarahan para peminatnya. Ramai yang mengatakan adalah tidak sesuai untuk Shila Amzah bergaya seperti itu dan berkongsi kepada umum biarpun gambar tersebut bukan dirinya sekalipun.

Beratus komen terus menerjah masuk biarpun baru 13 minit Shila Amzah memuat-naik gambar berpakaian lengkap untuk ke gym tersebut. Apapun bagi kami, its not a big deal. Komen lebih pun tak boleh since itu adalah hak dia dan jika Shila merasa dia sendiri tiada masalah untuk berkongsi gambar tersebut, nyata dia tak perlu kisah dengan respon yang akan diterimanya.









Apapun pada kami, sebagai salah seorang selebriti yang mempunyai ramai pengikut, adalah lebih baik untuk Shila Amzah ataupun mana-mana selebriti lain lebih berhati-hati sebelum berkongsi sesuatu. Terlalu banyak mata yang memerhati kelak pasti akan menyusahkan anda juga.


Sakit perut, pening dan muntah-muntah akibat terhidu racun !!!

hiasan

Sungai Petani: Seorang guru besar serta 21 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Jeniang, Batu 4, Gurun, terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, selepas mengalami sakit perut, pening dan muntah-muntah akibat terhidu racun yang dipercayai dibawa angin dari tapak semaian anak getah berdekatan sekolah itu semalam.
Dalam kejadian 2 petang, sekumpulan murid terbabit bersama guru besar sekolah itu, Noraini Murad, 50-an, berada di padang bagi menjalankan aktiviti latihan untuk sukan tahunan sekolah dan mereka dipercayai terhidu racun berkenaan sebelum berasa pening dan mula muntah.
Difahamkan, terdapat beberapa pekerja tapak semaian berhampiran sedang menyembur racun anak getah selama hampir tiga jam.
Ia menyebabkan semua murid terbabit termasuk guru besar mengadu sakit perut, muntah dan pening pada kira-kira jam 6 petang sebelum dikejarkan ke Hospital Yan (HY), namun kemudiannya dirujuk ke HSAH untuk tindakan lanjut. Setakat jam 9 malam tadi, hanya guru besar dan tiga pelajarnya ditahan di wad kecemasan HSAH, manakala 18 murid dirawat sebagai pesakit luar. Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata, kedudukan sekolah yang hampir dengan tapak semaian anak getah itu berkemungkinan menyebabkan mangsa terdedah kepada semburan berkenaan.
Katanya, simptom utama yang dilaporkan adalah pening, muntah dan sakit perut membabitkan pelajar dan guru di sekolah berkenaan. “Berdasarkan maklumat awal yang diterima ia mungkin berpunca daripada semburan bahan beracun dari kawasan tapak semaian anak getah berhampiran sekolah. “Murid dan guru yang dipercayai terhidu bahan berkenaan dilaporkan mengalami pening dan muntah sebelum dikejarkan ke hospital,” katanya ketika dihubungi, di sini, malam tadi.
Dr Ismail berkata, setakat ini, pihaknya belum mengenal pasti jenis gas racun yang digunakan tapak semaian berkenaan.
Ibu mangsa, Daharah Din, 44, dari Kampung Batu 5 Jalan Jeniang, berkata, anaknya, Nurafikah Alias, 9, mula berasa pening di sekolah berkenaan sehingga berlarutan di rumah apabila dia muntah sejak jam 6 petang.
“Saya diberitahu oleh Nurafikah bahawa dia rakan dan guru besar sekolah sedang menjalankan latihan sukan di padang sekolah dan ketika itu pekerja di tapak semaian berhampiran menyembur racun,” katanya.